Pesanan

ilmu penyuluh kehidupan

Saturday 17 October 2015

GENETIK

GENETIK

Pengenalan
1.       Genetik – kandungan kromosom yang membawa sifat-sifat warisan organisma yang dikenali sebagai gen.
2.       Pembiakbakaan – proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik tanaman supaya ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki diperolehi.
3.       Klon – sekumpulan tumbuhan dibiak secara aseks daripada pokok induk yang sama
 
 

Friday 16 October 2015

PENGAWALAN ORGANISMA

pendekatan yamg berkesan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memeulakan tindakan mngawal perosak adalah dengan cara memantau perubahan populasi perosak

  • aras keseimbangan am

tidak bahanya dan tindakan kawalan tidak di perlukan

  • aras ambang ekonomi

aras penentu untuk bertindak
  • aras kecederaan ekonomi

bilangan populasi mencapai tahap kerugian


Monday 27 April 2015

SIFAT FIZIKAL TANAH

WARNA TANAH DAN KEPENTINAN 
-warna tanah ialah warna yang wujud pada sesuatu tanah 
-kepentingan  dapat menerangkan /menggambarkan

  1. keadaan fizikal tanah
  2. keadaan saliran tanah 
  3. kandungan bahan organik
  4. aktiviti mikroorganisma 
  5. kesuburan tanah
CONTOH;

  • warna gelap: mempunyai kesuburan yang tinggi
  • merah: terdapat oksida ferum,saliran baik,di lereng bukit
  • perang: terdapat oksida ferum+bahan organik ,saliran baik
  • kelabu: terdapat oksida ferum ,saliran kurang baik
  • kehitam-hitaman: terdapat megan oksida+organik pH rendah,menakung air
  • putih: tinggi kandungan liat
  • kuning: oksida ferum+air,tanah lebih lembab berbanding tanh merah

KOMPONEN TANAH

1.BAHAN MENERAL-45%

  • Bahan mineral hasil proses luluhawa batuan.Contoh;pasir,kelodak dan liat
  • sebagai komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan 
BAHAN ORGANIK -5%
  • bahan organik terhasil daripada pereputan sisa tumbuhan dan haiwan 
  • bahan organik terurai menjadi humus
  • membekalkan nutrien untuk tumbuhan
  • membantu membaiki keadaan tanah
UDARA-25%
  • rongga dalam tanah yang tidak terisi air akan di isi udara
  • kandungan oksigen dan karbon dioksida dlam tanah berbeza2 
  • oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah
  • karbon oksida yg terbebas dan terperangkap dalm tanah menyebabkan kandungan lebih tinggi berbanding di atmosfera
AIR-25%
  • terdapat tiga keadaan air dalam tanah 
  1. muatan medan
  2. tanah tepu air
  3. had layu 
  • kandungan air yang optimum penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan kehidupan organisma tanah.Kelebihan atau kekeuranagan boleh memberi kesn yang buruk.

KEPENTIGAN TANAH

              MEMBERI SOKONGAN MEKANIK KEPADA AKAR TUMBUHAN
  • sebagai medium pertumbuhan akar
  • membolehkan cengkaman akar dan menyokong tumbuhan 
MEMBEKAL NUTRIEN KEPADA TANAH 
  • terdapat nutrien semula jadi di dalam tanah 
  • tanah yang mengandungi bahan organik yang mereput membebaskn nutrien
MEMBEKAL OKSIGEN DAN AIR KDP TUMBUHAN
  • tanah mengandungi rongga yang mengandungi udara &air
  • udara mengandungi oksigen yg diperlukan oleh tumbuhan untk proses respirasi melalui akar
  • air tanah wujud dalam bentuk ;
  • FILEM YG MELIPUTI KUMIN TANAH
    WAP
    CECAIR DALAM RONGGA TANAH
  • air diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien

TANAH

TANAH ialah lapisan atas permukaan bumi
Lapisan profil TANAH LAZIM ialah seperti berikut;

TANAH ATAS

  • paling subur kerana kandungan bahan organik tinggi 
  • populasi organisma tanah tinggi 
  • tebal lebih kurang 15CM
TANAH BAWAH

  1. mengandungi bahan terkumpul hasil proses larutresapan
  2. kurang organisma tanah
BATUAN
  • lazimnya sebagai bahan induk
  • mangalami luluhawa 

Wednesday 18 March 2015

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN CAHAYA

keluasan permukaan daun-lebih luas daun bermakna lebih banyak sel daun melakukan proses fotosintesis
susunan daun-kedudukan daun pada pokok ,daun yang berlapis menyebabkan daun di bahagian bawah kurang menerima cahaya
topografi-bentuk muka bumi yang rata atau berbukit .bahagian berbukit yang terdedah kepada cahaya akan menerima cahaya yang lebih banyak berbanding dengan terlindung.
naungan-ialah kaedah untuk mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari oleh tumbuhan ,contohnya membuat bnagsal menggunakan bumbung daripada jaring hitam mengurangkan kadar penerimaan cahaya/meningkatkan peratus naungan 

Thursday 12 March 2015

KEFOTOKALAAN

ialah;REAKSI TUMBUHAN TERHADAP PERBEZAAN PANJANG TEMPOH SIANG DAN MALAM
DUA jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu;
1.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
2.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam.Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang panjang ,reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang .contohnya ;orkid phalaeonopsis ,kekwa,kacang soya ,nanas ,dan ubi keledek.
JADUAL TEMPOH DAN REAKSI PENDEK

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam
  • jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siangnya pendek ,reaksinya tumbuhan ini akan tetap tampang .comtohnya ;gandum ,pokok jarak dan ubi kentang
TEMPOH SIANG                     REAKSI TUMBUHAN
panjang                                       berbunga 
pendek                                         tampang (tidak berbunga)

kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut;
pengusaha bunga kekwa di CAMERON HIGHLAND memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan tempoh siang.ini menyebabkan pertumbuhan tampang berterusan (sepatutnya kekwa berbunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya).apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar 


CAHAYA

2 ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah;
-INTENSITI CAHAYA
-GELOMBANG CAHAYA
INTENSITI CAHAYA
1.intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan cahaya 
2.peningkatan intensiti cahaya ,menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan
meningkatkan kadar fotosintesis 

GELOMBANG CAHAYA 
1.gelombang cahaya terdiri daripada spektrum cahaya 
2.dalam spektrum cahaya ada warna-warna yang boleh dilihat dengan nyata 
3.warna merah dan biru diperlukan dalam proses fotosintesis
4.cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendarflour dan lampu pijar
5.pancaran cahaya matahari berlebihan ,menyebabkan berlakunya transpirasi dan merosakkan daun..

ISU PERTANIAN

isu pertanaian
PRODUKTIVITI

-Daya pengeluaran hasil bagi sektor pertanian adalah masih di tahap rendah.Ini disebabkan beberapa fakor .Antaranya :-

  • kurang kecekapan penggunaan input pengeluaran bagi menghasilkan output yang maksimum.
  • pengurusan sumber pengeluaran yang tidak berkesan 
  • sektor pertanaian tidak diusahakan dengan cekap 
  • saiz ladang yanag kecil 
  • perubahan cuaca dan iklim 
KETIDAKSTABILAN HARGA

  • turun naik harga menyebabkan permintaan dan penawaran tidak stabil 
  • kos pengeluaran meningkat 
  • pengeluaran yanag berlebihan 
PENYEBARAN DAN PENGALAMAN TEKNOLOGI

  • penggunaan teknologi baru yanag kurang mendapat sambutan petani 
  • petani mengamalkan kaedah lama 
  • saiz tanah yanag kecil ,golongan petani kurang pengatahuan 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN

  • pendidikan dan latihan dalam bidang pertanian dari peringkat sekolah hingga ke universiti masih kurang menyumbang ke arah memodenkan industri pertanian 
  • segala penemuan dan pemindahan teknologi dalam industi pertanian tidak dikembangkan
PENGHIJRAHAN PENDUDUK

  • para penduduk pindah ke bandar mangakibatkan sektor pertanian kurang kembang 
  • faktor sosial iaitu tarikan gaya hidup di bandar ,mobiliti sosial ,infrastruktur dan suasana kerja selesa
  • faktor ekonomi iaitu pendapatan tinggi di bandar 
PENCEMARAN ALAM

  • berpunca daripada aktiviti pertanian yang tidak terangcang 
  • pembuangan sisa toksik ,sisa kilang kelapa sawit ,getah,koko dan nenas ,penggunaan racun serangga ,pembakaran terbuka ,pembuangan najis ke sungai 
KEKURANGAN BURUH

  • sektor perladangan menghadapi masalah kekurangan buruh 
  • punca;upah yang rendah ,suasana kerja yang tidak selesa 
  • kesannya ;aktiviti ladang tidak lancar menyebabkan produktiviti rendah 

Tuesday 10 March 2015

FOTOSINTESIS

Definisi fotosintesis :SATU PROSES TUMBUHAN MENGHASILKAN KARBOHIDRAT DAN OKSIGEN DARIPADA KARBON DIOKSIDA ,AIR DAN CAHAYA MATAHARI
  • proses yang berlaku didalam kloroplas.
  • kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil.
  • klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN


  1. IKLIM 
  2. TANAH
  3. BIOSIS
  4. GENETIK
  5. PENGAWALATUR  PERTUMBUHAN
UNSUR IKLIM YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

  • Cahaya -fotosistesis dan kefotokalaan 
  • Suhu-percambahan ,transpirasi ,kualiti hasil , fizikal tumbuhan
  • Hujan/Kelembapan-fotosintesis ,transpirasi,kesegahan sel,penyerapan  dan translokasi nutrien
  • Angin-transpirasi ,pendebugaan ,fizikal tumbuhan,penyebaran penyakit dan perosak

 

PERANAN INSTITUSI PERTANIAN

MENYEDIAKAN  INFRASTRUKTUR PERTANIAN 

  • pengairan dan saliran ,contoh-JPS
  • jalan raya,contoh-JKR
  • bekalan elektrik,contoh-TNB
  • komunikasi,contoh-TELEKOM
MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

  • penyelidikan dan pembangunan berkaitan masalah pengeluaran lepas tuai ,pemprosesan ,penyimpanan ,dan pembungkusan ;contoh-MARDI
  • penyelidikan tentang tanaman getah;contoh-RRIM 
MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN 

  • bimbingan dan latihan dalam aspek pertanaian ;contohnya ,JABATAN PERTANIAN 
  • lawatan ke tapak projek ;contohnya -RISDA
MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

  • pegawai penyelidik ;contohnya MARDI
  • pegawai pengembangan pertanaian ;contohnya JABATAN PERTANIAN 
  • pegawai perunding ;contoh JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN(JPH)
BANTUAN KEWANGAN 

  • memberi kredit kepada petani -BANK PERTANIAN MALAYSIA
  • bantuan kewangan-RISDA
PEMASARAN HASIL

  • mendapatkan pembeli-PPK
  • menyediakan bilik sejuk-FAMA



Monday 16 February 2015

FAKTOR YANG MEMEPENGARUHI TBURAN TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA

FAKTOR IKLIM
-malaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun
-iklim di negara kita menyebabkan tanaman beriklim sederhana seperti gandum,epal dan pir tidak dpt di tanam 
-beberapa jenis sayuran iklim sederhan yang dapat ditanam seperti kubis,kubis bunga,dan tomato berjaya di tanam meluas di cameron highland kerana keadaan topografi sesuatu kawasan akan mempengaruhi suhu kawasan
-kawasan tinggi seperti cameron highland mempunyai suhu lebih rendah berbanding dengan kawasan lain 
-keadaan suhu yang rendah itu menyebabkan taburan kebun sayur-sayuran tanah tinggi lebih padat di cameron highlands.
-ternakan pula yang dipelihara terdiri daripada jenis yang sesuai untuk kawasan tropika




FAKTOR PERKEMBANGAN SEJARAH
-tanaman seperti padi,kelapa,buah-buahan dan sayuran ditanam untuk sara diri pada zaman sebelum penjajahan inggeris 
-tanaman getah & kelapa sawit di perkenalkan setelah inggeris bertapak
-pelbagai tanaman di usahakan selepas merdeka 
-dalam bidang perternakan ,imigran cina telah membawa masuk masuk ayam dan khinzir 
-lembu pula di bawa oleh imigran india 

FAKTOR EKONOMI 
-pasaran & infrastruktur merupakan faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan 
-pasaran baru perlu ditentukan supaya hasil pertanian mudah di jual 
-harga sesuatu komoditi di pasaran menarik minat para pengusaha 
-LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) telah ditubuhkan untuk membantu para petani memasaarkan hasil mereka 
-infrastruktur ialah kemudahan perhidmatan asas seperti :
  1. bekalan elektrik
  2. sistem pengairan
  3. saliran perkhidmatan kesihatan

FAKTOR DASAR KERAJAAN 
-selepas merdeka kerajaan telah mengatur beberapa langkah pembangunan untuk tempoh lima tahun bagi menentukan dasar-dasar pembangunan negara dalam sektor pertanian dan ternakan
-dalam rangcangan malaysia ke lapan (2001-2005) yg dilancarkan oleh YAB PERDANA MENTERI,DATO SERI DR.MAHATHIR MOHAMAD
-antara dasar pertanian negara adalah 
  • DASAR PERTANIAN NEGARA PERTAMA(1984-1992)
  • DASAR PERTANIAN NEGARA KEDUA(1992-2010)
  • DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (1998-2010)

BUNGA-BUNGAAN

-industri ini dikenali sebagai FLORIKULTUR
-merangkumi pengeluaran orkid dan tanaman hiasan di tanah rendah
-perkembanagan industri ini bergantung pada pangaplikasian kaedah pertanian berteknologi tinggi

KAWASAN UTAMA PENGELUARAN BUNGA 

  1. cameron highlands                                          - tanaman bunga iklim serderhana
  2. dataran rendah johor,perak dan selangor      -orkid
 



TEBU & KOPI

TEBU
-tanaman tebu mula di beri perhatian serius pada tahun 1960-an apabila kerajan mempelbagaikan tanaman supaya tidak berlaku pergantungan terlalau tinggi terhadap tanaman getah
-kawasan tebu yang luas terletak di kedah dan perlis
-perusaan tebu di malaysia tidak begitu meluas kerana faktok iklim
  

KOPI
-tanaman ini diperkenalkan di Malaysia hampir 120tahun dahulu
-kopi robusta terdapat di kedah
-kopi arabica ditanam meluas di Cameron Highlans 
-keluasan kawasan tanaman kopi di semenanjung Malaysia kira-kira 8 200 hektar
-3 jenis kopi yg di usahakan secara komersil ialah:
  • kopi arabica 
  • kopi liberica
  • kopi rosbusta 



BUAH-BUAHAN & TEH

-sektor penanaman buah-buahan mempunyai potensi kerana mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran tempatan eksport.
-iklim di Malaysia sesuai untuk pelbagai buah-buahan
-durian merupakan paling banyak diusahankan diikuti  duku,pisang dan rambutan

durian raja segala buah

kawasan tanaman buah-buahan durian,rambutan,limau mandrin & limau bali 
  • (1).Durian-parit,batu kurau,bukit gantang dan segamat
  • (2).Rambutan-pulau pianag & muar
  • (3).Limau mandrin-kuantan,jerantut,ulu terengganu dan tanah merah
  • (4).Limau bali-ipoh
TEH
-teh boleh dikelaskan kepada teh tanah pamah dan teh bukit

ciri-ciri teh tanah pamah dan teh bukit:

Teh tanah pamah
  • mempunyai aroma yang harum
  • teh yang biasa ditanam di tanah pamah dikenal sebagai jat
  • estet teh pamah terletak di Johor,Bukit Cheading & Banding
Teh Bukit 
  • mempunyai warna dan kepekatan yg lebih 
  • memerlukan suhu antara 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius 
  • varieti yg popular ialah varieti assam seperti manipuri dan rajghur
  • kawasan tanaman utama ialah cameron highlands,kundasang & ranau




SAYUR-SAYURAN

-di Malaysia terdapat lebih drpd 50 jenis sayur-sayuran ditanam di Malaysia 
-kebanyakan kebun sayur ini diusahakan oleh pekebun kecil 
-sayur-sayuran yang memerlukan iklim serdehana ditanam di Cameron Highlands




-sayuran mengandungi mineral-mineral penting serta merupakan sumber pelawas 
-sayuran dikelaskan mengikut bahagian tumbuhan yang dijadikan punca makanan
(a).jenis daun seperti bayam,kangkung dan daun saderi
(b).umbisi -ubi keladi 
     rizom - halia 
     bebawang-bawang putih & bawang merah
(c).jenis buah seperti tomato,timun,bendi,terung dan cili
(d)jenis kekacang seperti kacang panjang ,kacang kara dan kacang buncis 
(e)jenis akar seperti lobak putih,lobak merah,ubi kayu dan lain-lain

-sayuran juga dikelaskan sebagai sayuran tanah tinggi & sayuran tanah rendah
contohnya kubis ditanam  dikawasan tanah tinggi & kawasan tanah rendah 


TERNAKAN

Ternakan di malaysia

ternakan di malaysia adalah antara komponen yang diberi perhatian untuk dimajukan bagi menampung keperluan negara.

LEMBU DAN KERBAU
-lembu dipelihara untuk daging ,susu dan kulit
-kerbau pula untuk daging atau dijadikan kerbau penarik



KAMBING DAN BIRI-BIRI
-kambing biasanya dipelihara secara kecil-kecilan di kampung dan ladang untuk dagingnya.
-baka luar negara seperti JUMNAPARI atau ETAWAH dan ANGLO-NUBIAN telah di perkenalkan untuk memeperbaiki mutu daging di malaysia
-kambing biri-biri diambil bulunya untuk membuat pakaian


Sunday 15 February 2015

TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA

TABURAN
1.Tanaman
2.Ternakan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN
1.Iklim
2.Perkembangan sejarah
3.Dasar kerajaan
4.Ekonomi


JENIS TANAMAN
1.Getah
-gatah merupakan tanaman yg membekalkan bahan mentah khasnya kpd pekilang
-lebih 400ribu pekebun kecil yg mengusahakan tanaman getah sebagai pendapatan utama

2.Koko
-terdapat kawasan seluas 105ribu hektar yg di usahakan di Malaysia 
-koko menyumbang sebanyak RM493 juta dlm bentuk pendapatan eksport negara

3.Kelapa Sawit
-kelapa sawit sumber pendapatan utama dalam malaysia 
-kelapa sawit telah menyumbang sebanyak RM10bilion kpd pendapatan eksport negara

4.Kelapa 
-hampir 96% drpd kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil
-digunakan untuk minyak kelapa,kopra,santan dan kepingan kopra serta makan lain
-produk paling tertua 

5.Padi
-tanaman makanan terpenting 
-meliputi kawasan kaki bukit dan tanah pamah

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA

1.pengeluaran bahan makanan
2.pengeluaran bahan mentah
3.peluang pekerjaan 
4.pendapatan ekspot

Tuesday 20 January 2015

About Me

selamat datang ke agro blog saya...
nama saya muhammad nadhir syah bin husin ..umur baru je 16tahun,saya sekolah di smk muhibbah sungai siput(u) perak..saya ingin berkongsi sedikit tentang sains pertanian ni..walaupun bukan pakar lagi tapi ada la sikit apa yang cikgu ajar..hahah
sekian terima kasih...