Pesanan

ilmu penyuluh kehidupan

Thursday 12 March 2015

KEFOTOKALAAN

ialah;REAKSI TUMBUHAN TERHADAP PERBEZAAN PANJANG TEMPOH SIANG DAN MALAM
DUA jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu;
1.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
2.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam.Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang panjang ,reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang .contohnya ;orkid phalaeonopsis ,kekwa,kacang soya ,nanas ,dan ubi keledek.
JADUAL TEMPOH DAN REAKSI PENDEK

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam
  • jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siangnya pendek ,reaksinya tumbuhan ini akan tetap tampang .comtohnya ;gandum ,pokok jarak dan ubi kentang
TEMPOH SIANG                     REAKSI TUMBUHAN
panjang                                       berbunga 
pendek                                         tampang (tidak berbunga)

kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut;
pengusaha bunga kekwa di CAMERON HIGHLAND memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan tempoh siang.ini menyebabkan pertumbuhan tampang berterusan (sepatutnya kekwa berbunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya).apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar 


No comments:

Post a Comment