Pesanan

ilmu penyuluh kehidupan

Wednesday 18 March 2015

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN CAHAYA

keluasan permukaan daun-lebih luas daun bermakna lebih banyak sel daun melakukan proses fotosintesis
susunan daun-kedudukan daun pada pokok ,daun yang berlapis menyebabkan daun di bahagian bawah kurang menerima cahaya
topografi-bentuk muka bumi yang rata atau berbukit .bahagian berbukit yang terdedah kepada cahaya akan menerima cahaya yang lebih banyak berbanding dengan terlindung.
naungan-ialah kaedah untuk mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari oleh tumbuhan ,contohnya membuat bnagsal menggunakan bumbung daripada jaring hitam mengurangkan kadar penerimaan cahaya/meningkatkan peratus naungan 

Thursday 12 March 2015

KEFOTOKALAAN

ialah;REAKSI TUMBUHAN TERHADAP PERBEZAAN PANJANG TEMPOH SIANG DAN MALAM
DUA jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu;
1.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
2.tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam.Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang panjang ,reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang .contohnya ;orkid phalaeonopsis ,kekwa,kacang soya ,nanas ,dan ubi keledek.
JADUAL TEMPOH DAN REAKSI PENDEK

  • tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam
  • jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siangnya pendek ,reaksinya tumbuhan ini akan tetap tampang .comtohnya ;gandum ,pokok jarak dan ubi kentang
TEMPOH SIANG                     REAKSI TUMBUHAN
panjang                                       berbunga 
pendek                                         tampang (tidak berbunga)

kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut;
pengusaha bunga kekwa di CAMERON HIGHLAND memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan tempoh siang.ini menyebabkan pertumbuhan tampang berterusan (sepatutnya kekwa berbunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya).apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar 


CAHAYA

2 ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah;
-INTENSITI CAHAYA
-GELOMBANG CAHAYA
INTENSITI CAHAYA
1.intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan cahaya 
2.peningkatan intensiti cahaya ,menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan
meningkatkan kadar fotosintesis 

GELOMBANG CAHAYA 
1.gelombang cahaya terdiri daripada spektrum cahaya 
2.dalam spektrum cahaya ada warna-warna yang boleh dilihat dengan nyata 
3.warna merah dan biru diperlukan dalam proses fotosintesis
4.cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendarflour dan lampu pijar
5.pancaran cahaya matahari berlebihan ,menyebabkan berlakunya transpirasi dan merosakkan daun..

ISU PERTANIAN

isu pertanaian
PRODUKTIVITI

-Daya pengeluaran hasil bagi sektor pertanian adalah masih di tahap rendah.Ini disebabkan beberapa fakor .Antaranya :-

  • kurang kecekapan penggunaan input pengeluaran bagi menghasilkan output yang maksimum.
  • pengurusan sumber pengeluaran yang tidak berkesan 
  • sektor pertanaian tidak diusahakan dengan cekap 
  • saiz ladang yanag kecil 
  • perubahan cuaca dan iklim 
KETIDAKSTABILAN HARGA

  • turun naik harga menyebabkan permintaan dan penawaran tidak stabil 
  • kos pengeluaran meningkat 
  • pengeluaran yanag berlebihan 
PENYEBARAN DAN PENGALAMAN TEKNOLOGI

  • penggunaan teknologi baru yanag kurang mendapat sambutan petani 
  • petani mengamalkan kaedah lama 
  • saiz tanah yanag kecil ,golongan petani kurang pengatahuan 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN

  • pendidikan dan latihan dalam bidang pertanian dari peringkat sekolah hingga ke universiti masih kurang menyumbang ke arah memodenkan industri pertanian 
  • segala penemuan dan pemindahan teknologi dalam industi pertanian tidak dikembangkan
PENGHIJRAHAN PENDUDUK

  • para penduduk pindah ke bandar mangakibatkan sektor pertanian kurang kembang 
  • faktor sosial iaitu tarikan gaya hidup di bandar ,mobiliti sosial ,infrastruktur dan suasana kerja selesa
  • faktor ekonomi iaitu pendapatan tinggi di bandar 
PENCEMARAN ALAM

  • berpunca daripada aktiviti pertanian yang tidak terangcang 
  • pembuangan sisa toksik ,sisa kilang kelapa sawit ,getah,koko dan nenas ,penggunaan racun serangga ,pembakaran terbuka ,pembuangan najis ke sungai 
KEKURANGAN BURUH

  • sektor perladangan menghadapi masalah kekurangan buruh 
  • punca;upah yang rendah ,suasana kerja yang tidak selesa 
  • kesannya ;aktiviti ladang tidak lancar menyebabkan produktiviti rendah 

Tuesday 10 March 2015

FOTOSINTESIS

Definisi fotosintesis :SATU PROSES TUMBUHAN MENGHASILKAN KARBOHIDRAT DAN OKSIGEN DARIPADA KARBON DIOKSIDA ,AIR DAN CAHAYA MATAHARI
  • proses yang berlaku didalam kloroplas.
  • kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil.
  • klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN


  1. IKLIM 
  2. TANAH
  3. BIOSIS
  4. GENETIK
  5. PENGAWALATUR  PERTUMBUHAN
UNSUR IKLIM YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

  • Cahaya -fotosistesis dan kefotokalaan 
  • Suhu-percambahan ,transpirasi ,kualiti hasil , fizikal tumbuhan
  • Hujan/Kelembapan-fotosintesis ,transpirasi,kesegahan sel,penyerapan  dan translokasi nutrien
  • Angin-transpirasi ,pendebugaan ,fizikal tumbuhan,penyebaran penyakit dan perosak

 

PERANAN INSTITUSI PERTANIAN

MENYEDIAKAN  INFRASTRUKTUR PERTANIAN 

  • pengairan dan saliran ,contoh-JPS
  • jalan raya,contoh-JKR
  • bekalan elektrik,contoh-TNB
  • komunikasi,contoh-TELEKOM
MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

  • penyelidikan dan pembangunan berkaitan masalah pengeluaran lepas tuai ,pemprosesan ,penyimpanan ,dan pembungkusan ;contoh-MARDI
  • penyelidikan tentang tanaman getah;contoh-RRIM 
MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN 

  • bimbingan dan latihan dalam aspek pertanaian ;contohnya ,JABATAN PERTANIAN 
  • lawatan ke tapak projek ;contohnya -RISDA
MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

  • pegawai penyelidik ;contohnya MARDI
  • pegawai pengembangan pertanaian ;contohnya JABATAN PERTANIAN 
  • pegawai perunding ;contoh JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN(JPH)
BANTUAN KEWANGAN 

  • memberi kredit kepada petani -BANK PERTANIAN MALAYSIA
  • bantuan kewangan-RISDA
PEMASARAN HASIL

  • mendapatkan pembeli-PPK
  • menyediakan bilik sejuk-FAMA